Jumaat, 22 Disember 2017

BLACK MORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin


BLACKMORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin

wahhh , pantas dan efficient nya kakak kau ni update blog kann?? haa rajin sangatttttttt . haha . okayy untuk pendekkan cerita dan masa ... Entry yang ni aku just nak share sikit je penjagaan dalaman aku . which is aku sekarang tengah berjinak-jinak consume vitamin-vitamin yang disuggestkan oleh sumber sumber internet yang dah aku usyar banyak kali . HAHA . so sekarang biar aku pulak share dekat korang yang nak tahu .

vitamin apa tu ???

TADAAA!


haa ni lah 2 vitamin yang aku tengah consume sekarang ni untuk kulit ya kawan-kawan , which is untuk dalaman . bukan luaran je kena jaga , dalaman pun kena laa jaga jugak kan? baru fair cantik luar dalam . gitteww . so far , aku baru sangat je consume dua benda alah ni . So , aku tak nak cerita banyak lagi pasal ni . tunggu dalam masa 1 bulan . aku akan UP kan balik 2 vitamin ni yang aku makan sekarang , tengok result dia macam mana , hokey ke tak hokeyy kan ? so far , alhamdulillah . aku consume dalam masa 1minggu ni . kulit aku nampak lebih sihat and segar + glowing . HEHE . saya suka ! saya suka !

aku ambik 2 combination ni dulu sebab aku nak try and error antara BIO C , VITAMIN C AND BUFFERED C. benda yang sama act , cuma maybe function tiga beranak ni ada lain lain sikit . ramai keliru kan antara 3 vitamin C ni , termasuk lah aku . HAHA . tapi pada aku , tiga tiga vitamin C ni sama je . maybe ada kelebihan dia masing masing . 

tips nak kulit sihat dan lembap.
 kalau awak consume apa apa jenis supplement sekali pun , benda asas yang paling paling paling penting ialah air masak . tolong minum 3 liter sehari untuk nampakkan hasil . lagi banyak , lagi bagus . 

AIR MASAK PENTING !
as you know , air masak ni banyak sangat kelebihan dia , plus plak air masak is 100% 0 calories . dah sah sah baik untuk kesihatankan? minum banyak pun tak apa . takde istilah gemuk airlah sayang oi . lagi banyak kita minum air , lagi cepat sesuatu keinginan kita nak kecapi tercapai . plus pulak kepada yang nak kurus tu , haa lagi lah elok kalau awak consume air masak . minum banyak banyak , biar lemak tu keluar melalui air kencing awak. 

tipulah kalau cakap air masak sedap macam kita minum air manis kan? tak sedapp , tawar . kelat . eeuwww . tak masuk dekat tekak . for the truth , aku cerita pengalaman aku start consume air masak start bulan MEI 2017 sampai lah sekarang . slow slow aku kayuh untuk paksa diri aku minum air masak kau tahu? YANG PENTING KENA ADA BOTOL AIR SATU OKAY KALAU NAK ISTIQOMAH . HEHE .  mula minum tak sampai 2 liter pun sehari .lepas tu , day by day aku slow slow minum, naik 3 liter . and then naik 4 liter and sampai lah sekarang aku pelan pelan kayuh , aku mampu minum sampai 6 liter sehari . YES ! akhirnyaa aku berjaya untuk 6 liter sehari . dengan berkat kesabaran aku , usaha tu penting . aku sampai ke tahap 6 liter , ni aku tak reka cerita ye , ni memang betul betul aku consume sebab nak cantik punya pasal kan? haha . kau just pikir macam ni je untuk naikkan semangat kau , '' kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh ?'' haa . okaylah , sampai sini je coretan aku untuk hari  ini . apa apa nanti aku akan update kemudian pasal vitamin blackmores ni ye . i will update , no worries , u just waittt and see hokey dear ? 

selamat malam . 

salam sayang ♡♡♡
anis.

PRODUK YANG BAGUS DAN SELAMAT BHG.2


SAMBUNGAN ..

Untuk bahagian 2, aku nak review sikit accessory dekat muka yang aku pakai. Jom terjahhh ! (ZASSSSSSSSSSSSSSS )

ehh jap jap jap, memandangkan aku ni bukan lah yang make up lover , but adalah sikit sikit yang aku calit calit dekat muka nak nampak seri dia tu . haa , takde lah orang cakap pucat macam orang nak mati je kan? kang orang cakap mayat hidup pulak . HAHA . okayy letsgooooo !!

GUARDIAN-RM40

aku rasa mesti ramai tahukan bedak jenama ni kan kan ??? alaa yang Nelydia Senrose pakai tuuu . haa . bak kata dia, "GOLEK SAMPAI MOLEK" , cewahhh . hehe .

BEST KE IDOK PAKAI BEDAK NI ?

Ya Ampunnnnn , best gila gila kau tahu pakai bedak ni . muka pun dah nak ala ala nelydia senrose jek . hahaha . okay tak , ni aku tipu je . kuikuikui . tapi bedak ni memang best sangat . yang ni aku cakap jujur . aku tak tipu korang . sebab apa aku cakap best ? sebab dia bukan macam bedak compact biasa , dia macam moist cake punya bedak . uall boleh search google okay ? pengalaman aku pakai bedak ni , muka aku nampak glowing dan licin sebabnya , bila lama sikit , muka kita akan nampak berminyak (sesuai untuk muka kulit kering) .dalam bedak ni ada 2 function . 1 bedak
2 foundation.Sooo, dah jimatkan? takyah beli foundation dah .hehe. Ohh ya bedak ni tahan dalam 1 tahun , tengok cara penggunaan jugak ye kawan kawan .

GUARDIAN/WATSON- RM 19
aku pakai blusher daripada SilkyGirl uall ,tak mampu nak hire Sephora , huahuahua  . but tak kisah pun , asalkan sah selamatkan? aku takut nak beli yang dekat kedai make up yang macam dekat uptown tu , takut tumbuh jerawat pulak dekat pipi . HAHA . so , aku suggest better uall beli yang mahal sikit , dah sah sah elok . lama juga tahan ni , dalam 5-10 bulan . tengok cara penggunaan jugak . HEHE

WATSON/GUARDIAN- RM 9++

untuk bibir I yang munggil ini pula , aku guna daripada produk 1N2IT . This one is not a lipstick. this one macam lip balm gittewww . haa . but but , dia stay nampak bibir kita ada colour okay dan nampak bermaya . ( mak saya tak bagi pakai lipstick sebab nnti takut bibir jadi hitam )  . so, aku dengar cakap mak aku , yelah . depa makan garam dulu daripada kita kan, ofcourse depa lagi handal drp kita .

BELI KAT UPTOWN- RM 10

okay, untuk mata pula . aku berani sikit nak beli yang dekat uptown tu . sebab pakai pun jarang jarang . and disebabkan aku tak pandai make up , so i preferred nude colour je, supaya tak nampak macam badut bila make up . HAHA . (so sad)

Dah , ni je barang make up yang aku ade . takde la make up macam orang professional tu . tak reti la hakak . nanti nak make up duyung jadi dugong . haa mampos . kan? HAHA . so better sesimple je untuk diri sendiri yang tak pandai make up ni .(tak boleh la nak jadi MUA. kuangkuangkuang)
So untuk penutup bahagian ni, apa yang aku share ni based on my experience pakai semua barang ni . harap bagi manfaat lah dekat korang yang nak tahu tentang certain certain produk .  kalau uall nak tanya apa apa , confius ka apa ka .. haa boleh drop je laju laju your comment in box comment okay ? SELAMAT MENCUBA 
salam sayang,
anis.

sekian.

Khamis, 21 Disember 2017

PRODUK YANG BAGUS DAN SELAMAT BHG.1


The truth, aku memang tak pandai nak hias blog aku ni cantik cantik macam orang lain. for me , its very hard . susah sangat nak kena main coding coding bagai . naik pening aku nak fahamkan tutorial nak cantikkan blog ni . i'm a very complicated person, huahuahua . maap laa ye si pembaca pembaca belog keknis . ( hmm sedih ) . Lagipun, tujuan utama aku is to share the important info to uall. Harap belog aku ni bermanfaatlah untuk korang yek?

Entry aku sebelum ni aku review produk skin care apa yang aku pakaikan? malam ni pasai review jenis produk pulak .

*WARNING* 
(beli lah produk di drugstore yang berhampiran dengan anda kerana it's more secure to us. TRUST ME) biar lambat asal selamat , gitteww ..#iollsdahserikmukajerawat 

jangan pakai hat yang tak tentu pasai kalau hampa sayang muka hampa semua ya sayang sayang . sekali hang dah rasa breakout dia tu lagu mana .. haa hang tau laa azab dia . So , please please please, nak layan karenah jerawat bukanlah senang nak hadap dengan orang apa semua ( belum lagi nak layan karenah manusia, hahahar ) nak hadap pertanyaan orang lagi "eh kenapa muka makin teruk?"  "banyaknye jerawat" . letih nak  ulang  benda sama hampa tau dak ? haa . okay, untuk entry harini, aku nak review sikit produk apa yang aku duk tepek tepek hari hari kat muka ni haa. yang PENTING ELOK DAN SELAMAT .#silahadam

LET'S BEGIN !

benda basic yang paling penting hampa kena buat ialah ;

1. cuci muka hampa guna pencuci muka hampa sendiri
2. keringkan muka hampa pahtu buh la toner guna kapas -(  function untuk menutup liang pori muka selepas kita cuci muka sebab tu penting toner ni tau )
3. buh moisturizer kat muka hampa - (function untuk melembapkan kulit hampa)
4. buh sun block plakk- ( untuk menghalang sinar uv masuk ke dalam kulit muka kita )
5. baru buh bedak ka , foundation ka, bb cream ka , cc cream apa semua bagai untuk yang  bermake up . 

dah step by step dah tu aku ajar, tak buat jugak tak tahu lah . benda simple ni lah yang korang kena tekankan . sangat penting . nampak remeh tapi akan affect kepada muka kita kalau kita abaikan .

JENIS PRODUK

untuk pencuci muka, aku guna cetaphil gentle skin cleanser . yang ni untuk kulit muka yang jenis normal . yang takde masalah yang teruk sangat . plus muka aku pun takde lah teruk mana , ( doktor yang suggest pakai ni ) tapi memang sangat best tau sebab dia merawat muka kita . 
**boleh cari di Watson atau Guardian
**500ml Rm 69 tak silap aku unless kalau ade sale murah la sikit . hehe . kalau kecik sikit daripada ni 250ml Rm 20 ++ .


untuk toner pulak, aku pakai brand cosmoderm vitamin E . sumpah yang ni best gila wehhh ! sumpah aku tak tukar yang lain dah, setia hat ni ja. sebab apa tau ? selama aku pakai hat ni, tak pernah kecewakan aku. as u know, vitamin E ni sangat bagus untuk kulit muka wich is melembapkan kulit muka, mencerahkan, dan merawat muka kita
** boleh cari dekat Watson atau Guardian
** Rm 21++ ( unless ada sale rm17)


yang ni plak scrub cosmoderm vitamin E .pakai 2 atau 3 kali seminggu sahaja. yelah scrubkan, pakai hari hari kang nipis pulak kulit muka kita . scrub dia pun best senang sangat , takpayah nak tunggu 30 minit bila pakai , just gosok kat muka smoothly je selama 30 saat , hampa kira laa sampai 30 dalam bilik air tu . hehe . pastu bilas macam biasa . pakai selepas cuci muka. function dia boleh menaggalkan sel sel mati di kulit muka kita, and no more kulit muka kusam . yeayy !
** boleh beli di Watson atau Guardian
** Rm 22 if im not mistaken lah. lupaa la , tapi lebih kurang tu laa harga dia


this one pulak , moisturizer . jujur eh cakap , ni first time aku try . sebab aku tak tahu nak pakai pelembap apa , so aku main sauk je yang murah murah  haha , aku tibai je lah bahasa jepun pun sebab packaging dia menarik minat aku , so far aku pakai best gila gila sebab apa tau , sebab pelembap ni sangat berminyak , plus plak muka aku jenis kulit muka kering , bila pakai ni , like seriously , muka aku nampak lembap dan glowwwinggg gittew . shine bright like a diamond . haa aku suggestkan korang try yang ni . dia diperbuat daripada minyak kuda . aku pun terkejut serious ah kuda ? tapi asal kan elok dengan muka aku dah laa . haha , sebelum pakai yang ni aku pakai ORGANIC AID. tu macam tak sesuai sangat dengan aku , look like muka aku lagi kering. then aku  tukar lah .
** beli di Watson atau Guardian
** Rm 29 ++


guyss , ni nama dia sun block tau . WAJIB ada setiap sorang .sangat sangat penting dalam kehidupan seharian sebab dia membantu menghalang kulit muka korang daripada sinaran uv .so kurang sikit hitam muka korang nanti, hekhek . aku suggest korang beli la yang SPF dia tinggi sikit , so lagi kuat dia menghalang muka korang . haa ibarat  nya begitu laaa .
** beli dekat cosway
** Rm 51


tadaaa! make up remover . haa ni pun penting to sesiapa yang kaki kaki make up tu kann , wajib cuci make up korang sebelum mandi . kalau tak , hmm habis lah muka korang diknon oi . hakak tak jamin muka korang selamat tidur dengan make up . artis tu lain cerita laa shooting je tidur pakai make up dik oii .  nama pun shooting . haha jangan la duk tiru depa plak , tidur pun nak cantik . siapa nak tengok ? org lain pun pakat duk tidoq jugak noh . eventho aku jenis tak mekap mana but still using this untuk remove bedak dan blusher . hee .
** beli kat Watson or Guardian
** Rm 19 tak silap aku laa 


okay dear, yang ni just tambahan aku bila nak tidur mesti aku sapu ni dekat muka , acah acah nak mukalembap laa . so aku try je la beli ni , so far so good , elok ngan muka aku . jerawat pun takut nak timbul . hehe . this one is from cocoa butter formula .serius best sangat pakai , tak melekit langsung , ni ibarat ganti as minyak zaitun laa , haa gituuww . 
** beli kat Watson or Guardian
** Rm 30++ ni pun aku tak berapa ingat harga dia. kuikuikui


yang ni scrub from freeman !! hat ni ramai sangat guna jenama ni sekarang , tengah meletop chuolls jenama ni . pakai macam biasa lah , 2 atau 3 kali seminggu untuk buang sel sel mati . yang ni pun elok kalau uolls nak try . try laaa ..
** beli di Watson or Guardian
** rm 25 ++ kot haha . k aku lupa lagi.


ermmm ermm ermmm , haha okayy macam mana nak cakap eh? erm ... actually ada lagi barang aku nak bagitau hampa. tapi memandangkan dah lewat malam sangat sekarang ni ,esok aku nak kerja lagi nak bangun awai.. so will  be continue as soon as possible okayy guys ? wait ya . 

sweetdream uall . sleep tight . okboii ! 

salam sayang,
anis.

Isnin, 18 Disember 2017

REVIEW SKINCARE SAYA

* mula mula mula ku happy * ( krikk krikk krikk ) haaa tu diaa bunyi cengkerik pulaksss. huwaaa sedih nya takde sambutan . haa dah dah melalut dah ni . first of all Assalamualaikum para sahabat-sahabat ku yang dikasihi . sihatkah ? Alhamdulillah dengan izin-Nya . Malam malam macam ni jugak hakak kau ni gigih nak buat blog semata-mata nak luah perasaan pasal segala jenis mak nenek produk yang hakaknis pernah torai dulu tauu . Ya ampunnnn, ribut dibuatnya bila difikirin kembali , waduhh waduhh . kok indon ya? ahh lantak laa . haha nama pun blog sendiri suka hati wa laa .( ni baru mukaddimah, bertabahlah anda ,haha ) 😛


okay hadik hakak habang semua, let's start, ( ehem ehem ) hakaknis ni jenis yang sangat sangat sangat PENTINGKAN kulit muka dan kuwusssss . I don't know why . tu je yang menarik minat hakaknis dari dulu sampai lah sekarang . Nak di jadikan cerita, muka hakaknis ni takde lah teruk mana pun dulu . but masa sekolah rendah laa hitam sikit , dengan spek nya dengan demok nya, Ya Allah aku ke tu dulu . haha . sangat kelakar tu aku yang dulu . (takde gambar plak nak tunjuk). Okay start masuk sekolah Menengah slow slow lah hormon tu bertukarkan , yedok? dengan sendiri nya kulit bertukar warna nak kata putih takde lah putih mana diknon . biase je orang kata . muka pun flawless lagi chuolls time ni .pakai safi balqiss jerr time ni. and then bila umur dah 18 tahun yakni tahun 2013 hakaknis kena plak PLKN, adoii jahanam . hmm time ni lah muka hakaknis BREAKOUT 🙎 dan dah tak suci lagi sebab En J dah slow slow singgah di muka. (sebab tak sempat nak jaga muka bagai busy kawad je wehh 😞)(sorry time ni pun takde gambar) masa ni tak berapa nak pentingkan sangatkan aspek kecantikkan . so life must go on bak kata omputih kan ? 


bila tiba umur 19 tahun yakni pada tahun 2014 hakak belajar dekat kl dan start daripada sini lah aku try macam macam produk . orang cakap produk ni bagus aku try , orang ni pakai elok kat  muka gebu mulusssss , aku try jugak (aku pun nak cantik jugak). last last jadi apo? jadi haram jadah . habihhh muko aku ni diknon oii, habihh jahanammm .muka dah elok elok tak teruk jadi teruk . salah satu produk yang hakaknis pakai is DNARS . sebabnya terpengaruh tengok kawan pakai cantikk gilo weh muko dio . plowlessss ya ampun . geram je aku tengok muka dia. aku pun trai laa pakai jugokk .tup tupp jadi apo ? naik biji biji merah macam  kena gigit nyamuk , lepastu sabun dia Ya Allah pedih yang amat muka aku macam kena bakar tahu takk . uish memang perit lah rasa dia masa tu , pakai mula mula yela , ingatkan healing proses kan? so pakai laa sampai sebulan still tak elok , alamatnyaa aku STOP .(puas hati aku) (gambar time pkai dnars hilang pulak , mana entah)


and then , aku give up tak tahu nak pakai apa, tanya kawan aku sorang per sorang pakai apa kat muka nampak licin gebuu oii aku jeles . haha . ada sorang kawan aku suggest produk seaweed (rumpai laut) daripada Sabah . YES ! akhirnya bila terai alhamdulillah okay dengan muka , dekat dua tahun jugak aku pakai

(haa ni laa rupa dia produk Sabah tu satu set)

pakai dia best sangat, produk nilah yang hilangkan parut jerawat dan jerawat yang tumbuh kat muka aku ni.bila pakai , tak rasa pedih pun dan takde effect apa apa pun masa pakai tu . kira tawakkal je . (nak cantikkan ? kena la tanggung risiko. hekhek)

( ni laa hasilnya bila pakai produk Sabah tu, cepat sangat dia elok nampakk??)

and then aku pun teruskan pakai sampai hampir 2 years sebab best sangat pakai produk ni ,memang jadi fav laa, sampai rasa bersyukur sangat sebab muka dah elok . tapi tapi tapi ..bila nak beli produk ni ,kena ada fuluss yang banyak sebab beli borong . kesnya postage dia mahal dari Sabah katako . haa beli banyak teruslah dah alang alangkan . nanti rugi postage asyik nak repeat order jerr . matilaa nak oii . haha . and muka aku getting better dari sebelum ni , happy gilaa oii , mukaa plowless macam Neelopa, hehe nak  nak plak bila pakai krim siang dia , nampak berkilat sangat muka macam boleh tengok cermin , haha . 

(nampak? kilat dia tu  macam mana ? haa bahagia time ni muka dah elok kihkih(2015))

(haha, sorry lah buruk sikit muka time ni nak tunjuk jerawat dah hilang punya pasal, plowless dahkan? (2016))

serius best pakai produk ni , tapi sayang , tak lama lepastu samtin bad happen ! muka naik biji biji kecik macam ruam , gatal ya amat diknon oi . tak tahan sangat aku pergi klinik kulit je terus habis cerita . haa terus dapat ubat antibiotik, ubat jerawat dan apatah lagi . melayang lah RM 90 . **kecingg kecingg** (bunyi duit). ulang alik appointment sampai 5 bulan , Alhamdulillah dah semakin pulih cuma ada la jerawat jugak . haa . bila dah stop jumpa doktor, dia suggest aku pakai CETAPHIL( gentle skin ) . then aku pakai sampai sekarang start pakai 2016-2017 dah setahun memang sangat elok tak jadi apa apa pun . maintain cantikk , cewahh . haha . disamping tu , aku cuba jaga muka step by step . now muka aku dah sangat wowww .. walaupun takde lah perfect mana .

fefeeling gituu kan? haa (2017)

so, sekarang apa apa produk yang aku beli , mesti aku beli dekat WATSON/GUARDIAN sahaja . dah serik nak beli yang local produk . nak selamat , sila beli di DRUGSTORE ya teman teman .So , ini sahaja produk yang aku pakai untuk luaran kulit , PESANAN kepada anda wahai wanita , jaga lah muka dan kebersihan kalau nak elak daripada tumbuh En J . kalau tak jaga kuman akan bertindak dengan berhahaha . so jangan marah kalau muka berjerawat ya? plus banyakkan minum air masak ya awak. TIPS yang paling berkesan , AIR MASAK . WAJIB anddd untuk dalaman kulit .. nanti iolls share di lain hari dan waktu ya . sekian terima kasih .~ GOODLUCK~

salam sayang ,♡♡♡
anis
                                             





BLACK MORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin

﷽ BLACKMORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin wahhh , pantas dan efficient nya kakak kau ni update blog kann?? haa rajin sang...