Khamis, 21 Disember 2017

PRODUK YANG BAGUS DAN SELAMAT BHG.1


The truth, aku memang tak pandai nak hias blog aku ni cantik cantik macam orang lain. for me , its very hard . susah sangat nak kena main coding coding bagai . naik pening aku nak fahamkan tutorial nak cantikkan blog ni . i'm a very complicated person, huahuahua . maap laa ye si pembaca pembaca belog keknis . ( hmm sedih ) . Lagipun, tujuan utama aku is to share the important info to uall. Harap belog aku ni bermanfaatlah untuk korang yek?

Entry aku sebelum ni aku review produk skin care apa yang aku pakaikan? malam ni pasai review jenis produk pulak .

*WARNING* 
(beli lah produk di drugstore yang berhampiran dengan anda kerana it's more secure to us. TRUST ME) biar lambat asal selamat , gitteww ..#iollsdahserikmukajerawat 

jangan pakai hat yang tak tentu pasai kalau hampa sayang muka hampa semua ya sayang sayang . sekali hang dah rasa breakout dia tu lagu mana .. haa hang tau laa azab dia . So , please please please, nak layan karenah jerawat bukanlah senang nak hadap dengan orang apa semua ( belum lagi nak layan karenah manusia, hahahar ) nak hadap pertanyaan orang lagi "eh kenapa muka makin teruk?"  "banyaknye jerawat" . letih nak  ulang  benda sama hampa tau dak ? haa . okay, untuk entry harini, aku nak review sikit produk apa yang aku duk tepek tepek hari hari kat muka ni haa. yang PENTING ELOK DAN SELAMAT .#silahadam

LET'S BEGIN !

benda basic yang paling penting hampa kena buat ialah ;

1. cuci muka hampa guna pencuci muka hampa sendiri
2. keringkan muka hampa pahtu buh la toner guna kapas -(  function untuk menutup liang pori muka selepas kita cuci muka sebab tu penting toner ni tau )
3. buh moisturizer kat muka hampa - (function untuk melembapkan kulit hampa)
4. buh sun block plakk- ( untuk menghalang sinar uv masuk ke dalam kulit muka kita )
5. baru buh bedak ka , foundation ka, bb cream ka , cc cream apa semua bagai untuk yang  bermake up . 

dah step by step dah tu aku ajar, tak buat jugak tak tahu lah . benda simple ni lah yang korang kena tekankan . sangat penting . nampak remeh tapi akan affect kepada muka kita kalau kita abaikan .

JENIS PRODUK

untuk pencuci muka, aku guna cetaphil gentle skin cleanser . yang ni untuk kulit muka yang jenis normal . yang takde masalah yang teruk sangat . plus muka aku pun takde lah teruk mana , ( doktor yang suggest pakai ni ) tapi memang sangat best tau sebab dia merawat muka kita . 
**boleh cari di Watson atau Guardian
**500ml Rm 69 tak silap aku unless kalau ade sale murah la sikit . hehe . kalau kecik sikit daripada ni 250ml Rm 20 ++ .


untuk toner pulak, aku pakai brand cosmoderm vitamin E . sumpah yang ni best gila wehhh ! sumpah aku tak tukar yang lain dah, setia hat ni ja. sebab apa tau ? selama aku pakai hat ni, tak pernah kecewakan aku. as u know, vitamin E ni sangat bagus untuk kulit muka wich is melembapkan kulit muka, mencerahkan, dan merawat muka kita
** boleh cari dekat Watson atau Guardian
** Rm 21++ ( unless ada sale rm17)


yang ni plak scrub cosmoderm vitamin E .pakai 2 atau 3 kali seminggu sahaja. yelah scrubkan, pakai hari hari kang nipis pulak kulit muka kita . scrub dia pun best senang sangat , takpayah nak tunggu 30 minit bila pakai , just gosok kat muka smoothly je selama 30 saat , hampa kira laa sampai 30 dalam bilik air tu . hehe . pastu bilas macam biasa . pakai selepas cuci muka. function dia boleh menaggalkan sel sel mati di kulit muka kita, and no more kulit muka kusam . yeayy !
** boleh beli di Watson atau Guardian
** Rm 22 if im not mistaken lah. lupaa la , tapi lebih kurang tu laa harga dia


this one pulak , moisturizer . jujur eh cakap , ni first time aku try . sebab aku tak tahu nak pakai pelembap apa , so aku main sauk je yang murah murah  haha , aku tibai je lah bahasa jepun pun sebab packaging dia menarik minat aku , so far aku pakai best gila gila sebab apa tau , sebab pelembap ni sangat berminyak , plus plak muka aku jenis kulit muka kering , bila pakai ni , like seriously , muka aku nampak lembap dan glowwwinggg gittew . shine bright like a diamond . haa aku suggestkan korang try yang ni . dia diperbuat daripada minyak kuda . aku pun terkejut serious ah kuda ? tapi asal kan elok dengan muka aku dah laa . haha , sebelum pakai yang ni aku pakai ORGANIC AID. tu macam tak sesuai sangat dengan aku , look like muka aku lagi kering. then aku  tukar lah .
** beli di Watson atau Guardian
** Rm 29 ++


guyss , ni nama dia sun block tau . WAJIB ada setiap sorang .sangat sangat penting dalam kehidupan seharian sebab dia membantu menghalang kulit muka korang daripada sinaran uv .so kurang sikit hitam muka korang nanti, hekhek . aku suggest korang beli la yang SPF dia tinggi sikit , so lagi kuat dia menghalang muka korang . haa ibarat  nya begitu laaa .
** beli dekat cosway
** Rm 51


tadaaa! make up remover . haa ni pun penting to sesiapa yang kaki kaki make up tu kann , wajib cuci make up korang sebelum mandi . kalau tak , hmm habis lah muka korang diknon oi . hakak tak jamin muka korang selamat tidur dengan make up . artis tu lain cerita laa shooting je tidur pakai make up dik oii .  nama pun shooting . haha jangan la duk tiru depa plak , tidur pun nak cantik . siapa nak tengok ? org lain pun pakat duk tidoq jugak noh . eventho aku jenis tak mekap mana but still using this untuk remove bedak dan blusher . hee .
** beli kat Watson or Guardian
** Rm 19 tak silap aku laa 


okay dear, yang ni just tambahan aku bila nak tidur mesti aku sapu ni dekat muka , acah acah nak mukalembap laa . so aku try je la beli ni , so far so good , elok ngan muka aku . jerawat pun takut nak timbul . hehe . this one is from cocoa butter formula .serius best sangat pakai , tak melekit langsung , ni ibarat ganti as minyak zaitun laa , haa gituuww . 
** beli kat Watson or Guardian
** Rm 30++ ni pun aku tak berapa ingat harga dia. kuikuikui


yang ni scrub from freeman !! hat ni ramai sangat guna jenama ni sekarang , tengah meletop chuolls jenama ni . pakai macam biasa lah , 2 atau 3 kali seminggu untuk buang sel sel mati . yang ni pun elok kalau uolls nak try . try laaa ..
** beli di Watson or Guardian
** rm 25 ++ kot haha . k aku lupa lagi.


ermmm ermm ermmm , haha okayy macam mana nak cakap eh? erm ... actually ada lagi barang aku nak bagitau hampa. tapi memandangkan dah lewat malam sangat sekarang ni ,esok aku nak kerja lagi nak bangun awai.. so will  be continue as soon as possible okayy guys ? wait ya . 

sweetdream uall . sleep tight . okboii ! 

salam sayang,
anis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLACK MORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin

﷽ BLACKMORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin wahhh , pantas dan efficient nya kakak kau ni update blog kann?? haa rajin sang...