Isnin, 18 Disember 2017

REVIEW SKINCARE SAYA

* mula mula mula ku happy * ( krikk krikk krikk ) haaa tu diaa bunyi cengkerik pulaksss. huwaaa sedih nya takde sambutan . haa dah dah melalut dah ni . first of all Assalamualaikum para sahabat-sahabat ku yang dikasihi . sihatkah ? Alhamdulillah dengan izin-Nya . Malam malam macam ni jugak hakak kau ni gigih nak buat blog semata-mata nak luah perasaan pasal segala jenis mak nenek produk yang hakaknis pernah torai dulu tauu . Ya ampunnnn, ribut dibuatnya bila difikirin kembali , waduhh waduhh . kok indon ya? ahh lantak laa . haha nama pun blog sendiri suka hati wa laa .( ni baru mukaddimah, bertabahlah anda ,haha ) 😛


okay hadik hakak habang semua, let's start, ( ehem ehem ) hakaknis ni jenis yang sangat sangat sangat PENTINGKAN kulit muka dan kuwusssss . I don't know why . tu je yang menarik minat hakaknis dari dulu sampai lah sekarang . Nak di jadikan cerita, muka hakaknis ni takde lah teruk mana pun dulu . but masa sekolah rendah laa hitam sikit , dengan spek nya dengan demok nya, Ya Allah aku ke tu dulu . haha . sangat kelakar tu aku yang dulu . (takde gambar plak nak tunjuk). Okay start masuk sekolah Menengah slow slow lah hormon tu bertukarkan , yedok? dengan sendiri nya kulit bertukar warna nak kata putih takde lah putih mana diknon . biase je orang kata . muka pun flawless lagi chuolls time ni .pakai safi balqiss jerr time ni. and then bila umur dah 18 tahun yakni tahun 2013 hakaknis kena plak PLKN, adoii jahanam . hmm time ni lah muka hakaknis BREAKOUT 🙎 dan dah tak suci lagi sebab En J dah slow slow singgah di muka. (sebab tak sempat nak jaga muka bagai busy kawad je wehh 😞)(sorry time ni pun takde gambar) masa ni tak berapa nak pentingkan sangatkan aspek kecantikkan . so life must go on bak kata omputih kan ? 


bila tiba umur 19 tahun yakni pada tahun 2014 hakak belajar dekat kl dan start daripada sini lah aku try macam macam produk . orang cakap produk ni bagus aku try , orang ni pakai elok kat  muka gebu mulusssss , aku try jugak (aku pun nak cantik jugak). last last jadi apo? jadi haram jadah . habihhh muko aku ni diknon oii, habihh jahanammm .muka dah elok elok tak teruk jadi teruk . salah satu produk yang hakaknis pakai is DNARS . sebabnya terpengaruh tengok kawan pakai cantikk gilo weh muko dio . plowlessss ya ampun . geram je aku tengok muka dia. aku pun trai laa pakai jugokk .tup tupp jadi apo ? naik biji biji merah macam  kena gigit nyamuk , lepastu sabun dia Ya Allah pedih yang amat muka aku macam kena bakar tahu takk . uish memang perit lah rasa dia masa tu , pakai mula mula yela , ingatkan healing proses kan? so pakai laa sampai sebulan still tak elok , alamatnyaa aku STOP .(puas hati aku) (gambar time pkai dnars hilang pulak , mana entah)


and then , aku give up tak tahu nak pakai apa, tanya kawan aku sorang per sorang pakai apa kat muka nampak licin gebuu oii aku jeles . haha . ada sorang kawan aku suggest produk seaweed (rumpai laut) daripada Sabah . YES ! akhirnya bila terai alhamdulillah okay dengan muka , dekat dua tahun jugak aku pakai

(haa ni laa rupa dia produk Sabah tu satu set)

pakai dia best sangat, produk nilah yang hilangkan parut jerawat dan jerawat yang tumbuh kat muka aku ni.bila pakai , tak rasa pedih pun dan takde effect apa apa pun masa pakai tu . kira tawakkal je . (nak cantikkan ? kena la tanggung risiko. hekhek)

( ni laa hasilnya bila pakai produk Sabah tu, cepat sangat dia elok nampakk??)

and then aku pun teruskan pakai sampai hampir 2 years sebab best sangat pakai produk ni ,memang jadi fav laa, sampai rasa bersyukur sangat sebab muka dah elok . tapi tapi tapi ..bila nak beli produk ni ,kena ada fuluss yang banyak sebab beli borong . kesnya postage dia mahal dari Sabah katako . haa beli banyak teruslah dah alang alangkan . nanti rugi postage asyik nak repeat order jerr . matilaa nak oii . haha . and muka aku getting better dari sebelum ni , happy gilaa oii , mukaa plowless macam Neelopa, hehe nak  nak plak bila pakai krim siang dia , nampak berkilat sangat muka macam boleh tengok cermin , haha . 

(nampak? kilat dia tu  macam mana ? haa bahagia time ni muka dah elok kihkih(2015))

(haha, sorry lah buruk sikit muka time ni nak tunjuk jerawat dah hilang punya pasal, plowless dahkan? (2016))

serius best pakai produk ni , tapi sayang , tak lama lepastu samtin bad happen ! muka naik biji biji kecik macam ruam , gatal ya amat diknon oi . tak tahan sangat aku pergi klinik kulit je terus habis cerita . haa terus dapat ubat antibiotik, ubat jerawat dan apatah lagi . melayang lah RM 90 . **kecingg kecingg** (bunyi duit). ulang alik appointment sampai 5 bulan , Alhamdulillah dah semakin pulih cuma ada la jerawat jugak . haa . bila dah stop jumpa doktor, dia suggest aku pakai CETAPHIL( gentle skin ) . then aku pakai sampai sekarang start pakai 2016-2017 dah setahun memang sangat elok tak jadi apa apa pun . maintain cantikk , cewahh . haha . disamping tu , aku cuba jaga muka step by step . now muka aku dah sangat wowww .. walaupun takde lah perfect mana .

fefeeling gituu kan? haa (2017)

so, sekarang apa apa produk yang aku beli , mesti aku beli dekat WATSON/GUARDIAN sahaja . dah serik nak beli yang local produk . nak selamat , sila beli di DRUGSTORE ya teman teman .So , ini sahaja produk yang aku pakai untuk luaran kulit , PESANAN kepada anda wahai wanita , jaga lah muka dan kebersihan kalau nak elak daripada tumbuh En J . kalau tak jaga kuman akan bertindak dengan berhahaha . so jangan marah kalau muka berjerawat ya? plus banyakkan minum air masak ya awak. TIPS yang paling berkesan , AIR MASAK . WAJIB anddd untuk dalaman kulit .. nanti iolls share di lain hari dan waktu ya . sekian terima kasih .~ GOODLUCK~

salam sayang ,♡♡♡
anis
                                             





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BLACK MORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin

﷽ BLACKMORES VITAMIN : BIO C + BIO E (500mg) #forskin wahhh , pantas dan efficient nya kakak kau ni update blog kann?? haa rajin sang...